P
|
ada
tahun 1951, muncul sebuah teori perkembangan kerjaya (development career choice theory) iaitu teori Ginzberg. Teori ini
memberi fokus kepada proses pemilihan kerjaya berdasarkan tahap perkembangan
individu. Teori ginzberg merupakan hasil daripada kerja sama antara Ginzberg
yang seorang ahli ekonomi, S. Ginzburg yang seorang psikiatris, S. Axelrad yang
seorang ahli sosiologi dan J. Herma yang merupakan seorang ahli psikologi.
Idea
asas teori ini muncul dengan andaian bahawa, proses pemilihan kerjaya merupakan
sebahagian daripada proses perkembangan individu itu sendiri. Perkembangan
kerjaya sudah dimulai sejak kanak-kanak sehingga pemilihan kerjaya di masa
dewasa.
Teori
Ginzberg mempunyai tiga peringkat penting dalam proses pemilihan kerjaya,
iaitu:
1) Peringkat
fantasi (6-11 tahun)
Pada
peringkat ini, kanak-kanak belum lagi memiliki sembarang keputusan tentang
pekerjaan. Hal ini kerana mereka masih mencapai kematangan dalam perkembangan
vokasional. Pilhan mereka senantiasa berubah-ubah. Pada peringkat ini juga
kanak-kanak mengaplikasikan persekitara dengan orientasi permainan semata-mata
dan dipengaruhi oleh orang dewasa sehingga mereka terpengaruh untuk melakonkan
semasa bermain, misalnya main cikgu-cikgu, masak-masak, polis-polis dan sebagainya.
Pada peringkat ini juga boleh dikatakan bahawa kanak-kanak melihat suatu
kerjaya bukan berdasarkan minat tetapi lebih kepada meniru apa yang dilihat di
persekitaran.
2) Peringkat
tentatif/ percubaan (11-17 tahun)
Peringkat
ini wujud apabila kanak-kanak mula menyedari tentang minatnya, keupayaannya dan
nilai peribadi serta nilai masyarakat terhadap sesuatu pekerjaan. Kemudian dia
akan menggabungkan kesemua kriteria ini semasa membuat pemilihan kerjaya.
Kanak-kanak pada peringkat ini akan memilih pekerjaan yang diminatinya sesuai
dengan kebolehannya dan bersesuaian dengan nilai diri sendiri dan nilai
masyarakat.
3) Peringkat
realistik (17-20 tahun)
Peringkat
ini individu akan mengetahui tentang maklumat, pengalaman dan dapat membezakan
keperluan kerja dengan factor-faktor peribadi, ianya terbahagi kepada tiga
iaitu; pertama penjelajahan , individu sudah meneliti setiap kerjaya yang
dipilih. Kedua pembentukan, individu sudah tahu akan kebolehan untuk memilih
kerjaya. Dan ketiga penentuan, sudah ada kerjaya yang dipilih dan mengambil langkah untuk melaksanakannya.
Ginzberg
merumuskan bahawa terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya
seseorang iaitu:
·
Faktor realiti iaitu pemilihan pekerjaan
adalah akibat daripada tekanan persekitaran.
·
Faktor proses pendidikan iaitu bidang
kerjaya ditentukan oleh kualiti dan kuantiti pendidikan.
·
Faktor emosi iaitu pemilihan kerjaya
bergantung pada aspek personality seseorang.
·
Faktor nilai peribadi iaitu faktor yang
menentukan jenis pekerjaan yang akan dipilih oleh seseorang.
Teori
Ginzberg merupakan suatu proses perkembangan yang mengambil masa yang lama
untuk merealisasikan pemilihan kerjaya dan ini adalah proses yang berterusan
(tidak boleh berpatah balik dan terus kehadapan) dan proses tersebut akan berakhir
apabila wujud keserasian minat, kebolehan, nilai dan peluang yang ada.
Referensi:
Noraini
Ismail. 2015. Pendidikan Kerjaya KKC 6023. University Pendidikan Sultan Idris.
Ea
Ah Meng, suppiah Nachiappan dan Taquddin Abd Mukti. 2011. Pengkhidmatan Bimbingan
& Kaunseling. Selangor. Oxford Fajar.
No comments:
Post a Comment